SARINGAN LINUS, 2013
PERHATIAN :
Tarikh pengisian data murid di Portal NKRA bagi LINUS 2.0 : Literasi Bahasa Inggeris - Baseline Screening untuk Tahun 1, 2013 dari 27 Mei 2013 hingga 14 Jun 2013.
1. District Language Knowledge Officer, Pegawai FasiLINUS dan Penyelaras LINUS di sekolah perlu memastikan semua guru Bahasa Inggeris Tahun 1 yang terlibat dengan pengisian data Baseline Screening di LINUS 2.0
2. Id Pengguna dan Katalaluan untuk PPD dan sekolah masih sama seperti pengisian LINUS 2.0 : Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi. Contoh : LINUS<kod sekolah>
3. LINUS 1.0 disediakan untuk memberi kemudahan kepada KPM/JPN/PPD/Sekolah untuk muat turun keputusan data murid ketika Saringan LINUS dari Tahun 2010 hingga 2012.
4. Senarai nama murid untuk pengisian data Saringan LINUS adalah dimuat turun senarai nama dikemaskini di dalam APDM.Sila kemas kini maklumat murid di dalam APDM.
5. Senarai nama sekolah mengikut PPD yang dimuat turun di dalam Portal NKRA untuk pengisian data murid di muat turun daripada EMIS yang dikemaskini.
6. Keputusan Saringan LINUS 2.0 : LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI tidak boleh diubah suai ketika pengisian Saringan 'Baseline' untuk Literasi Bahasa Inggeris dilaksanakan.
Pegawai FasiLINUS (Literasi BM dan Numerasi) dan Pegawai Bahasa Inggeris di semua JPN & PPD dikehendaki membimbing dan membantu guru di sekolah bagi pengisian data murid bagi Saringan LINUS 2.0 : Literasi Bahasa Inggeris sekolah seliaan masing-masing.
Sebarang pertanyaan,boleh rujuk kepada PPD dan DMO,KPM.
Terima kasih.
SLAID PEMBENTANGAN JERAYAWARA
Slaid pembentangan tentang Program Tranformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) dan Program Professional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-ELT)semasa jerayawara telah dimuatnaik ke dalam portal untuk rujukan. Sila muat turun slaid pembentangan ini di portal NKRA
|